نشأة علم المنطق
المنطق من العلوم العقلية التى يحتاج إليها الإنسان فى تفكيره وترتيب معلوماته.
وهو من العلوم القديمة التى يرجع تاريخها إلى ما قبل ميلاد المسيح عليه السلام.
وأول من اشتغل به فلاسفة اليونان،
لما قدم إلى أثينا عاصمة بلاد اليونان قوم من مستعمرات الدولة اليونانية يلقبون بالسفسطائيين.
وبثوا فى الناس أفكارا سيئة. وكان غرضهم من ذلك قلب الدولة اليونانية والقضاء على عقائدها الدينية.
وما زالوا كذالك حتى ظهر سقراط. فقضى على تلك الأفكار السيئة وبين للناس طريق الحق من الباطل بقواعد الإستنتاج من الأسئلة لتلاميذه.
واتبع طريقه تلميذه أفلاطون وشرح كل أبحاثه العلمية.
ثم جاء من من بعد أفلاطون تلميذه (أرسطو) أو (أرسطوطالس)، الذى فاق استاذه وهذب أبحاثه، وتحدث بالقياس والبرهان والجدل، ووضع قواعدا تؤدى الى اليقين. ولهذا يعتبر هو الواضع لعلم المنطق.
وفى العصر الإسلامي، جاء عصر التأليف الذهبي وهو عصر الدولة العباسية، وأجزل الخلفاء العطاء للمؤلفين والمترجمين وترجمت كتب كثيرة ومنها كتب المنطق.
فقد ترجم عبد الله بن المقفع كتب أرسطو زمن أبى جعفر المنصور من اللغة اليونانية إلى اللغة العربية.
واشتغل به من بعد ذلك كثير من فلاسفة الإسلام كالإمام الغزالي وغيره.
Terjemahan:
Pertumbuhan ilmu mantik
Mantik ialah sebahagian dari ilmu akli (ilmu yang berasaskan akal fikiran). Ilmu ini diperlukan oleh manusia untuk berfikir dan menyusun maklumat-maklumatnya.
Ilmu ini wujud sejak dahulu kala lagi dimana sejarahnya bermula sebelum kelahiran nabi Isa a.s.
Golongan yang memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu ini ialah ahli falsafah Yunani.
Ceritanya bermula di Athens iaitu ibu kota Yunani, dimana kota tersebut telah didatangi oleh sekumpulan penjajah yang berniat untuk menjajah Negara tersebut. Mereka dikenali sebagai golongan Sophistos.
Mereka mula menyebarkan pemikiran-pemikiran yang salah di kalangan penduduknya. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk menggulingkan kerajaan Yunani dan menghapuskan kepercayaan-kepercayaan agama yang dimiliki rakyatnya.
Keadaan ini berterusan sehingga kemunculan Socrates. Beliau Berjaya menghapuskan pemikiran-pemikiran salah yang dibawa oleh Sophistos. Beliau juga Berjaya menjelaskan kepada orang ramai tentang jalan kebenaran dan jalan kebatilan dengan menggunakan teknik kesimpulan berdasarkan soalan-soalan yang dikemukan.
Cara yang sama telah diikuti oleh muridnya yang bernama Plato. Beliau telah menghuraikan setiap perbahasan yang dikemukakan secara ilmiah.
Setelah itu muncul pula murid Plato yang bernama Aristotle. Beliau mempunyai kelebihan berbanding gurunya. Perbahasannya lebih berkesan. Beliau berbicara menggunakan kesimpulan (Qias), bukti dan debat. Beliau juga telah menyusun beberapa kaedah yang boleh menyimpulkan sesuatu secara meyakinkan. Dengan itu beliau telah dianggap sebagai penyusun ilmu mantic.
Di zaman Islam, ilmu mantic hanya muncul di masa pemerintahan dinasti Abbasiah yang pernah dikenali sebagai zaman gilang-gemilang penulisan buku-buku ilmiah. Pemerintah (Khalifah) di masa itu telah memberi ganjaran dan upah lumayan kepada para penulis buku dan penterjemah buku-buku asing. Maka banyaklah buku-buku telah diterjemahkan yang di antaranya ialah buku-buku mantic.
Buku-buku karangan Aristotle yang ditulis dalam bahasa Yunani telah diterjemahkan ke bahasa arab oleh Abdullah bin Al-Muqaffa` pada zaman pemerintahan Abu Ja`afar Al-Mansur.
Selepas itu semakin ramai ahli-ahli falsafah islam telah muncul dan mengambil bahagian dalam kajian dan penulisan tentang ilmu mantic seperti imam Al-Ghazali dan lain-lain.
8 comments:
assalamualaikum..blog ni bagus coz sediakn kemudahan bg pelajar2 stam...ana harap maddah lain turut disediakan...wassalam
assalamualaikum....
sy pelajar uitm...semester ni sy ambil kos tentang falsafah islam..
nk tau tentang hubungan mantik dengan pelbagai disiplin ilmu dari segi falsafah dan juga bahasa dengan lebih lanjut...saya kurang faham...harap dapat bantuan disini..
Waalaikum salam... Dlm blog ini saya hanya menulis tentang mantik... insyaAllahh tag atau lable seterusnya ialah Mantik Usuluddin STPM.. dan mantik dlm lable umum...
Kepada saudara Anonymous... insyaAllah saya akan jelaskan tak lama lagi...
Hubungan mantik dgn berbagai disiplin ilmu... kalau diperhatikan.. mantik itu sendiri ialah disiplin ilmu... iaitu Qanun (peraturan) dan alat... dalam ertikata lain mantik itu sendiri ialah peraturan atau alat yg digunakan oleh ilmu2 yg lain...
salam...boleh bagi idea bagaimana nak tulis esei "HUBUNGAN MANTIK DENGAN MATEMATIK". terima kasih...
Setiap orang ada metod masing2 dlm penulisan.. Untuk tulis esei "Hubungan Mantik Dengan Matematik" boleh mula dgn Pengertian Mantik, Pembahagian Mantik, kemudian dlm pembahagian mana Matematik berada.. sifat ilmu yg sentiasa berkembang sehingga ianya menjadi suatu ilmu yg tersendiri dan berkembang secara tersendiri.. Contoh penggunaan logik (Mantik) dlm matematik.. contoh tokoh2 matematik Islam dahulu yg juga sebagai ahli mantik dan falsafah Islam.. boleh juga dikemukakan..
xpham ler............
Adik2 cuba link ini
http://eprints.um.edu.my/1194/1/mantik%2Cmatematik_%26_budaya_ilmu.pdf
Like:D
Post a Comment
Apa kata anda ! Say something !
Tulislah nama tu.. nak tahu juga laki ko pompuan...
Jangan pakai anonymous je...