تعريف المنطق
1. تعريف المنطق بالنظر إلى موضوعه
فهو علم يبحث فيه عن المعلومات التصويرية والتصديقية من حيث أنها توصل إلى مجهول تصوري وتصديقي.
المراد بالعلم : القواعد الكلية
المراد بالمعلومات التصويرية والتصديقية : إدراك الإنسان لمعانى المفردات والمركبات المعلومة عنده ذهنا حتى يمكنه أن يتوصل بها إلى ما خفي عليه.
مثال مجهول تصوري : الفاعل، المثلث، المربع
مثال مجهول تصديقي : الفاعل اسم مرفوع تقدمه فعل.، العالم حادث.
Terjemahan:
- Definisi Mantik dengan melihat kepada tajuk / bidang perbahasannya
Iaitu suatu ilmu yang membahaskan tentang maklumat-maklumat yang berbentuk gambaran dan penerimaan, dari sudut ianya boleh mendapatkan apa yang belum diketahuinya yang juga berbentuk gambaran dan penerimaan.
Yang dimaksudkan dengan ilmu ialah : Kaedah-kaedah umum
Yang dimaksudkan dengan maklumat-maklumat yang berbentuk gambaran dan penerimaan ialah: Kesedaran seseorang terhadap pengertian-pengertian sesuatu perkataan dan juga gabongan perkataan-perkataan yang sudah diketahuinya secara berfikir hingga membolehkannya mencapai pula (dengan pengetahuan sedia ada itu) terhadap sesuatu yang belum diketahuinya.
Contoh sesuatu yang belum diketahuinya yang berbentuk gambaran ialah: Kata pelaku, segi tiga, segi empat.
Contoh sesuatu yang belum diketahuinya yang berbentuk penerimaan ialah: Kata pelaku ialah kata nama yang marfu` yang didahului oleh kata kerja. Contoh lain ialah: Alam itu baharu.
2. تعريف المنطق بالنظر إلى فائدته
فهو قانون تعصم مراعته الذهن عن الخطأ فى الفكر.
معنى القانون : القواعد الكلية
معنى تعصم : أى تحفظ مراعاته العقل عن الخطأ فى الفكر.
Terjemahan:
- Definisi Mantik dengan melihat kepada faedahnya
Iaitu suatu disiplin yang dapat mengawal fikiran daripada kesalahan ketika berfikir.
Pengertian kanun ialah: Kaedah-kaedah umum
Pengertian mengawal ialah: Menjaga akal daripada kesalahan ketika berfikir.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda ! Say something !
Tulislah nama tu.. nak tahu juga laki ko pompuan...
Jangan pakai anonymous je...