Thursday, March 18, 2010

Definition of Akal

Akal in terms of understanding the language:

Akal comes from the Arabic word and has been widely used in Malay.

According to Al-Mukjam Al-Arabi Al-Asasi (Arabic Dictionary); Akal means something that used to think. Human and animal are different by akal.

According to Kamus Dewan (Malay Dictionary); Akal in Malay means mind, force efforts, endeavors and trickery.

In terms of English language; Akal called reason, intelligence, intellect and understanding.


Akal in terms of understanding by the intellectual:

Akal in term by the intellectual according to their respective fields are below;

According to Imam Abu al-Harith al-Muhasibi (243 h); "Akal is al-gharizah of human nature and ability to understand things."

Akal according to terms have the meanings following the philosopher; "Single Thing (Jauhar Fard) fact to understand things." (Definition of al-Kindi, Ibn. Sina and Jarjani).

Reblog this post [with Zemanta]
Tinggalkan komen atau pertanyaan..

Sunday, January 31, 2010

Pengertian akal

Pengertian akal dari segi bahasa:

1. Akal berasal dari perkataan arab dan telah digunakan dengan meluas di dalam bahasa melayu.

2. Menurut al-Mukjam al-Arabi al-Asasi; Akal bermaksud sesuatu yang digunakan untuk berfikir dan membuat pendalilan. Manusia berbeza dengan seluruh haiwan lain melalui akal.

3. Menurut Lisan al-Arab oleh Ibn. Al-Manzur; Akal bermaksud “kepintaran”.

4. Menurut Kamus Dewan; Akal dalam bahasa melayu bermaksud 1. Budi dan fikiran 2. Daya upaya dan ikhtiar 3. Muslihat dan tipudaya.

5. Dalam istilah bahasa inggeris; Akal disebut sebagai Reason, intelligence, intellect, understanding.   

Pengertian akal dari segi istilah:

1. Terdapat beberapa pengertian akal menurut pengertian istilah ulama sesuai dengan bidang mereka masing-masing.

2. Menurut Imam Abu al-Harith al-Muhasibi (243 h); “Akal ialah al-gharizah iaitu sifat semulajadi manusia dan kemampuannya memahami sesuatu.”

3. Akal menurut istilah ahli falsafah mempunyai makna berikut; "Jauhar tunggal yang memahami hakikat sesuatu." (Takrif al-Kindi, Ibn. Sina dan Jarjani)


Reblog this post [with Zemanta]
Tinggalkan komen atau pertanyaan..

Monday, October 19, 2009

Carta Pembahagian Ilmu



Takrif setiap satunya berserta contoh:


Pembahagian ilmu baru

Ilmu

Yang dimaksudkan dengan ilmu ialah semata-mata kesedaran (iaitu mengetahui / memahami keadaan sekeliling), ianya merangkumi kesedaran yang berbentuk Tasawwur dan Tasdiq.

Teks arab:

المراد بالعلم : مطلق الإدراك الشامل لإدراك التصورات والتصديقات.


Tasawwur

Pengertian Tasawwur ialah: idrak (memahami) sesuatu perkataan tanpa ada hukuman ke atasnya samada secara nafi atau ithbat.

Contoh Tasawwur : Ros, segi tiga, sekolah menengah, pelaku

Teks arab:

التصور :  هو إدراك المفرد من غير حكم عليه بنفي أو إثبات.

مثاله : الورد ،  المثلث ،  المعهد ،  الفاعل


Tasdiq

Pengertian Tasdiq ialah:  Memahami hubungan hukum.

Contoh Tasdiq: Ros itu cantik. Ilmu itu berguna. Mohammad tidak penakut. Ali tidak musafir.

Teks arab:

التصديق : هو إدراك النسبة الحكمية.

مثاله : الورد جميل.  العلم نافع.  محمد ليس بجبان.  علي ليس بمسافر.


Dharuri

Pengertian Dharuri ialah: Sesuatu yang tidak memerlukan kepada pengamatan dan pemikiran (untuk mengetahuinya).

Contoh Tasawwur Dharuri : Epal, malam

Contoh Tasdiq Dharuri : Langit itu di atas.


Teks arab:

الضروري : ما لا يحتاج إلى تأمل وفكر.

مثال تصور ضروري : التفاح، الليل

مثال تصديق ضروري : السماء فوقنا


Nazori

Pengertian Nazori ialah: Sesuatu yang memerlukan kepada pengamatan dan pemikiran (untuk mengetahuinya).

Contoh Tasawwur Nazori : manusia, alam

Contoh Tasdiq Nazori : Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat.

Teks arab:

النظري : ما احتاج إلى تأمل وفكر.

مثال تصور نظري : الإنسان، العالم

مثال تصديق نظري : إن الإنسان مبعوث يوم القيامة.


Tinggalkan komen atau pertanyaan..

Tuesday, September 22, 2009

Takrif Tasdiq ( Pengertian Tasdiq )

تعريف التصديق


1.     تعريف التصديق على مذهب الحكماء


التصديق : هو إدراك النسبة الحكمية.

مثاله : الورد جميل.  العلم نافع.  محمد ليس بجبان.  علي ليس بمسافر.


Terjemahan:


1.      Takrif Tasdiq mengikut pandangan ahli falsafah


Tasdiq ialah:  Memahami hubungan hukum.

Contoh Tasdiq: Ros itu cantik. Ilmu itu berguna. Mohammad tidak penakut. Ali tidak musafir.



2.     تعريف التصديق على مذهب الإمام الرازي

التصديق : هو إدراك الموضوع (المحكوم عليه) وإدراك المحمول (المحكوم به) وإدراك النسبة الحكمية وإدراك  النسبة الكلامية (الوقوع فى الخارج أو عدم الوقوع فيه).


Terjemahan:


2.      Takrif Tasdiq mengikut pandangan Imam Al-Razi


Tasdiq ialah:  Memahami maudhu’ (subjek), mahmul (Predikat), hubungan hukum. (di antara subjek predikat) dan hubungan percakapan (samada berlaku atau tidak berlaku secara rialiti).



الفرق بين مذهب الحكماء ومذهب الإمام الرازي فى التصديق

1.     التصديق بسيط على مذهب الحكماء مركب عند الإمام.
2.     تصور الموضوع والمحمول والنسبة الكلامية أجزاء على مذهب الإمام وشروط خارجة على مذهب الحكماء.
3.     الحكم نفس التصديق على مذهب الحكماء وجزء منه على مذهب الإمام.


Terjemahan:

Perbezaan di antara pandangan ahli falsafah dan pandangan Imam al-Razi tentang Tasdiq

1.      Pengertian tasdiq ringkas sahaja di sisi ahli falsafah, tetapi tersusun (dari 4 ) di sisi Imam.al-Razi.
2.      Gambaran subjek, predikat dan hubungan percakapan merupakan kerangka utama di sisi Imam al-razi tetapi hanya merupakan syarat luaran sahaja di sisi ahli falsafah.
3.      Hukum ialah tasdiq itu sendiri di sisi ahli falsafah sedangkan di sisi Imam al-razi hukum ialah bahagian kecil dari tasdiq.


Tinggalkan komen atau pertanyaan..

Tuesday, September 15, 2009

Takrif Tasawwur ( Pengertian Tasawwur )

تعريف التصور


هو إدراك المفرد من غير حكم عليه بنفي أو إثبات.

مثاله : الورد ،  المثلث ،  المعهد ،  الفاعل

المراد بالإدراك : وصول النفس إلى المعنى

المراد بالمفرد : ما ليس فيه نسبة حكمية

يشتمل المفرد على أمرين :

1.     ما لا نسبة فيه أصلا
2.     ما فيه نسبة إلا أنها غير حكمية


Terjemahan:

Takrif Tasawwur

Takrif Tasawwur: ialah idrak (memahami) sesuatu perkataan tanpa ada hukuman ke atasnya samada secara nafi atau ithbat.

Contoh Tasawwur : Ros, segi tiga, sekolah menengah, pelaku

Yang dikehendaki dengan idrak (Maksud idrak): Tercapai diri (akal) terhadap makna (sesuatu perkataan).

Yang dikehendaki dengan mufrad (Maksud mufrad): Sesuatu (perkataan atau rangkai kata) yang tidak mempunyai hubungan hukum.

Perkataan mufrad merangkumi 2 perkara;

1.      Perkataan yang tidak ada hubungan langsung (dengan perkataan lain).
2.      Rangkai kata iaitu perkataan yang ada hubungan (dengan perkataan lain) tetapi bukan sebagai hubungan hukum.


Tinggalkan komen atau pertanyaan..

Thursday, September 10, 2009

Pembahagian ilmu

تقسيم العلم

العلم ينقسم إلى تصور وتصديق

المراد من تقسيم العلم : هو تقسيم العلم الحادث

لا يصح تقسيم علم الله تعالى إلى تصور وتصديق : لأنه يترتب على ذلك من توهم مشابهة الحوادث والله منزه عن ذلك.

Terjemahan:

Pembahagian ilmu

Ilmu terbahagi kepada tasawwur dan tasdiq

Yang dimaksudkan dengan pembahagian ilmu (di sini): ialah pembahagian ilmu (yang bersifat) baru (iaitu ilmu manusia).

Ilmu Allah Taala tidak boleh dibahagikan kepada tasawwur dan tasdiq: kerana ianya boleh mengakibatkan kesamaran (Allah) dengan sesuatu yang baru. Sedangkan Allah itu Maha Suci ia dari yang demikian.


Tinggalkan komen atau pertanyaan..

Monday, September 7, 2009

Takrif ilmu (Definisi ilmu)

العلم وأقسامه


تعريف العلم والمراد به

تعريف العلم والمراد به:

1.     مطلق الإدراك الشامل لإدراك التصورات والتصديقات.
2.     إدراك النسبة التصديقية فقط.

والمراد به عند المناطقة : الأول


Terjemahan:

Takrif ilmu dan yang dikehendaki dengan ilmu

Terdapat dua takrif ilmu iaitu;

1.      Semata-mata kesedaran (iaitu mengetahui / memahami keadaan sekeliling), ianya merangkumi kesedaran yang berbentuk gambaran dan penerimaan.
2.      Kesedaran (memahami) hubungan yang berbentuk penerimaan sahaja.

Yang dikehendaki dengan ilmu di sisi ahli mantik ialah takrif yang pertama.


Tinggalkan komen atau pertanyaan..

Sunday, September 6, 2009

Nama-nama lain bagi mantik

اسم المنطق

علم المنطق، ومعيار العلوم، وعلم الإستدلال، وميزان العلوم، وقانون الفكر.

Terjemahan:

Nama mantik (Nama-nama lain bagi mantik)

Selain mantik, nama-nama lain bagi mantik ialah mi`yaar al-ulum (pengukur ilmu), ilmu al-istdlaal (ilmu pendalilan), mizan al-ulum (neraca ilmu) dan qanun al-fikr (peraturan berfikir).


Tinggalkan komen atau pertanyaan..

Saturday, September 5, 2009

Perbezaan di antara ilmu mantik dan bahasa

الفرق بين المنطق والنحو


فكما أن النحو يعصم اللسان من الخطأ فى القول ، فكذلك المنطق يعصم الذهن عن الخطأ فى ترتيب معلوماته.

Terjemahan:

Perbezaan di antara ilmu mantik dan tata bahasa

Sebagaimana ilmu tatabahasa dapat mengawal lidah daripada kesalahan ketika berkata, maka begitulah juga ilmu mantik dapat mengawal fikiran daripada kesalahan ketika menyusun maklumat-maklumatnya.


Tinggalkan komen atau pertanyaan..

Wednesday, September 2, 2009

Mauduk dan faedah Mantik

Mauduk dan faedah Mantik:


موضوع المنطق


المعلومات التصويرية والتصديقية من حيث التوصل بها إلى المجهول التصويري والتصديقي.


Terjemahan:

Tajuk / bidang perbahasannya

Maklumat-maklumat yang berbentuk gambaran dan penerimaan, dari sudut ianya boleh mendapatkan apa yang belum diketahuinya yang juga berbentuk gambaran dan penerimaan.


فائدة المنطق

عصمة الذهن من الخطأ فى الفكر.

Terjemahan:

Faedah Mantik

Mengawal fikiran daripada kesalahan ketika berfikir.


Tinggalkan komen atau pertanyaan..