Takrif setiap satunya berserta contoh:
Pembahagian ilmu baru
Ilmu
Yang dimaksudkan dengan ilmu ialah semata-mata kesedaran (iaitu mengetahui / memahami keadaan sekeliling), ianya merangkumi kesedaran yang berbentuk Tasawwur dan Tasdiq.
Teks arab:
المراد بالعلم : مطلق الإدراك الشامل لإدراك التصورات والتصديقات.
Tasawwur
Pengertian Tasawwur ialah: idrak (memahami) sesuatu perkataan tanpa ada hukuman ke atasnya samada secara nafi atau ithbat.
Contoh Tasawwur : Ros, segi tiga, sekolah menengah, pelaku
Teks arab:
التصور : هو إدراك المفرد من غير حكم عليه بنفي أو إثبات.
مثاله : الورد ، المثلث ، المعهد ، الفاعل
Tasdiq
Pengertian Tasdiq ialah: Memahami hubungan hukum.
Contoh Tasdiq: Ros itu cantik. Ilmu itu berguna. Mohammad tidak penakut. Ali tidak musafir.
Teks arab:
التصديق : هو إدراك النسبة الحكمية.
مثاله : الورد جميل. العلم نافع. محمد ليس بجبان. علي ليس بمسافر.
Dharuri
Pengertian Dharuri ialah: Sesuatu yang tidak memerlukan kepada pengamatan dan pemikiran (untuk mengetahuinya).
Contoh Tasawwur Dharuri : Epal, malam
Contoh Tasdiq Dharuri : Langit itu di atas.
Teks arab:
الضروري : ما لا يحتاج إلى تأمل وفكر.
مثال تصور ضروري : التفاح، الليل
مثال تصديق ضروري : السماء فوقنا
Nazori
Pengertian Nazori ialah: Sesuatu yang memerlukan kepada pengamatan dan pemikiran (untuk mengetahuinya).
Contoh Tasawwur Nazori : manusia, alam
Contoh Tasdiq Nazori : Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat.
Teks arab:
النظري : ما احتاج إلى تأمل وفكر.
مثال تصور نظري : الإنسان، العالم
مثال تصديق نظري : إن الإنسان مبعوث يوم القيامة.
3 comments:
Saya mohon izin utk ambil bahan ustaz ini
Terima kasih
ismenur sg.besar
salam, bole sy tahu pembahagian ilmu ini di ambil dr pandangn ulama yg mana satu?
minta ilmunya ya pak. untuk ngaji. syukron
Post a Comment
Apa kata anda ! Say something !
Tulislah nama tu.. nak tahu juga laki ko pompuan...
Jangan pakai anonymous je...